Skip to main content

Perempuan Dan Jeans




" Boleh ke perempuan muslim pakai Jeans?? "

Boleh tak?

Boleh ke?

Boleh atau tidak??

Jawapannya?

Bila ada orang lapar, kita jangan terus bagi pada dia burger King dengan lapisan 5 keju serta curahan bergelen-gelen sos dan mayonis di dalamnya.
Sebaliknya, kita AJARkan dia cara nak buat burger sendiri. So that, dia tak perlu keluar pi beli burger setiap kali kebulur nak baham makanan tu. Burger sekarang mahal kut, GST lagi. Kalau kau anak Perdana Menteri Afrika, ye, tak apa. Beli je banyak-2. It's okeh. Tapi kalau kau anak orang kebanyakan, belajarlah masak sendiri. Foin?

Instead of I say ' Yes ' or ' No ' untuk pertanyaan tentang Jeans tersebut, saya rasa lebih baik saya ajarkan sesuatu yang lebih worth it. :)

Dalam memilih pakaian, ada tiga peraturan yang kita harus teliti.

1- Dress Code ( Mematuhi syariat atau tidak? )
2- Comfort ( Bahagia tak jiwa raga dengan pakaian tu atau kita lagi gumbira bila tak pakai ? )
3- Fashion ( Mengikut arus perdana atau arus sungai belakang rumah nenek anda? Er )

Why we put comfort first before fashion?
Sebab ada orang yang sanggup berfesyen walaupun terpaksa korbankan keselesaan diri sendiri.
High heel? Selesa ke?
Sakit tumit kowt. Tapi sanggup pakai. Sebab? Nampak elegance, elak nampak terlalu 'tadika' apabila diri kurang ketinggian.

Why we put dress code before Comfort?
Sebab ada orang yang sanggup buka aurat sebab lebih utamakan keselesaan diri.
Malaslah pakai stokin. Susan kut nak redah banjir pakai stokin.
Susahlah pakai tudung. Rambut titew dah berkaler sekarang ; merah biru hijau. Kalau titew pakai tudung, macamana nak tunjuk kat orang?

Pengsan.

Kenapa kita tetap letakkan fashion dalam list?
Sebab Islam tak pernah halang kamu berfesyen. Nabi SAW sendiri sering mengenakan jubah yang baharu yang jarang-2 dipakainya apabila baginda menerima tetamu luar.

Pakailah apa pun, asal tidak melanggar dress code yang agama sudah jelaskan. Longgar, labuh dan tutup area yang sepatutnya.

Berfesyenlah semahunya asalkan keselesaan diri tidak dikorbankan.

Jeans? Boleh pakai ke tak?

Silakan pakai asal ia tidak ketat.
Jemput pakai asal ia tak mendedah aurat.
Tapi jangan pakai kalau memang sah sah ia ketat lagi sendat.
Baju biar labuh kalau seluar menjadi pilihan untuk dipakai.
Kalau seluar besar gedabak macam seluar Popeye tapi baju singkat lagi ketat, pon tak ada gunanya.

Ingat, berpakaian yang 'halal' itu adalah ;
Asal ikut dress code yang Allah dah tetapkan,
Selesa diri untuk berpakaian itu dan bukan atas dasar ikut-ikutan,
Tetap berfesyen ikut arus zaman

Sudah menepati syarat-2 itu...?
Maka, teruskan.
Kamu lagi bijak menghakimi.

Cuma ingat, jangan berpakaian untuk memancing hati manusia,
Tapi berpakaianlah untuk menggembirakan Tuhan

:)

Semoga Allah pandu segala perbuatan.
BiidzniLlah

Yang benar,
Bukan Pemakai Jeans

03032016
Syimali, Irbid, Jordan

Image result for beautiful photography

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...

3 Jam Bersama Mak Cik Syria Atas Qatar Airway

Dari mula saya melangkah masuk ke perut pesawat, hati digaru bimbang. Harap harap tak kena duduk sebelah lelaki. Please. Please. Dari kejauhan, saya memandang ke deretan seat 32. Saya punya seat 32 D. Siapa di sebelah saya? Awak! Saya nampak awak. Dan awak seorang perempuan!  Wah.. Alhamdulillah!  Saya mengurut nafas lega.  Kaki melangkah tenang menuju tempat duduk seraya melemparkan senyuman pada awak. Saya mula bertegur sapa. Awak ternyata sungguh ramah, tetap melayan saya meskipun bahasa Arab saya tunggang-langgang. Saya bertanya, " nak pi mana? (dalam bahasa Arab) " Awak jawab pada saya, awak dan suami awak yang duduk di sebelah awak tu nak pergi Amerika. Mata saya terus membulat. Amerika? Nak buat apa la pi sana? Selepas lama bersembang, baru saya tahu, awak adalah warga Syria yang telah setahun tinggal di Jordan. Awak akan musafir ke Amerika untuk hadir meraikan majlis grad anak lelaki awak yang sudah 11 tahun di sana menuntut ilmu tek...