Skip to main content

Jaga Al-Quran, Allah Jaga Kita.

" Saya fail lagi la.. Nak balance masa untuk study dan hafaz Quran.. " Suaranya di sebelah mengetuk gegendang telingaku.

Aku celikkan mata. Terus mata ini terkena panahan cahaya matahari yang bersinar garang. Segera aku tarik langsir tingkap bas itu. Cahaya UV! Nanti hitam la kulit. Dah tak handsome..

Kepala dah rasa berasap. Kelas dari jam 8.00 am berderet sampai jam 2.00pm — hangus neuron dek panasnya obor-obor cahaya ilmu yang baru masuk . Fuh..

Baru rasa nak berehat sementara jauh lagi perjalanan. Namun, terpaksa liquidkan hasrat mahu tidur dalam bas itu. Nak layan cik adik sorang ni.

" Eh? Awak hafaz Quran? Bukan ke awak baca Quran je. Ijazah lagi kan sekarang? Ke dah habis..? " Aku bertanya. Minta dicerahkan mata hati. Agak bingung. Setahu aku, pelajar ijazah cuma kena tilawah depan sheikhah.

" Saya masih ijazah lagi. Tapi kena tambah jugak dua juzu' hafalan baru. Requirement untuk ijazah.. "

Fulamak..! Dengkinya aku dengan dia.

Dia salah sorang teman aku yang berjaya ambil ijazah Al-Quran di wilayah Syam ini. Sedang, aku masih cuma pemegang sijil tamhidi. Kami sama² ambil pengajian mutaqaddimah Al-Quran di bawah Markaz Hafsah, namun aku berhenti separuh jalan sedang dia berjaya mencipta kejayaan, menghabiskan pengajian kitab Munir lantas melayakkan dia ambil ijazah Al-Quran. Dengkinya..!

" Kenapa awak tak dapat balance? "

" Susahlah.. Bila saya fokus study, saya tinggal Al-Quran. Hm.. " Dia mengeluh.

" Oh.. Awak kenalah disiplinkan diri. Letakkan waktu yang spesifik untuk Al-Quran setiap hari.. "

" Awak buat macamana ? " Dia cuba menggali tanah pusaka rutin harianku. Aku rasa macam nak cerita kat dia, tapi kena bayarlah. Otak cuba mencongak. Termasuk GTS 6%, maybe aku boleh untung banyak setiap kali nak bongkar rahsia hidup dengan orang. Kah!

Selepas berfikir 2 saat, aku redho sajalah nak bukak cerita. Free of charge. Namun, jauh di sudut hati perut usus kecil, aku berharap dia akan belanja aku aiskrim ice berg 3 bekas lepas aku habis cerita. Best jugak kalau dapat makan aiskrim panas² macam ni. ^-^

" Setiap hari saya letakkan waktu tertentu untuk Quran. Kalau time Quran, saya fokus pada Quran. Tak buat benda lain. Macam tu jugak bila time study, fokus study. "

" Oh.. Jadi setiap hari awak buat ma'a ba' ( serentak ) ya ? "

Aku angguk. Hanya dengan Quran, aku tak pilih kasih. Tiada hari khusus untuk memegang Quran kerana setiap hari aku wajib pegang Quran. Tak ada MC . Walau sehari .

Dia mengangguk faham. " Kenapa awak hafal Quran ? "

" Saya akan menyesal kalau tak hafal Quran. Saya dah cukup menyesal sebab tak start hafal dari kecil. Saya datang Jordan baru mula menghafaz Quran secara serius. Kalau saya tak hafaz sekarang, saya takut saya menyesal kali kedua bila tua nanti. Saya benci sebuah penyesalan.. "

" Awak suka hafal Quran? "

Of course la!!

" Kenapa? "

" Awak tahu ? Nikmat sangat bila kita solat jemaah, imam bacakan ayat Quran yang kita dah hafal dan faham maknanya. Kita siap boleh ikut imam baca, faham apa yang dia baca dan soronok dapat follow dan tahu ayat-ayat yang dia baca. Nikmat ni cuma dirasakan orang yang menghafaz Quran saja. Orang yang tak hafaz tak akan tahu.. "

" Betul sangat.. " Dia bersetuju . " Kalau saya pulak, saya suka sangat hafaz Quran berbanding baca Quran . "

Hah? Aku pelik. Dahi berkerut bagai baru dikeronyok lima jari milik hidupan bumi.

" Maksud awak ?? "

" Tilawah Quran tak seseronok hafaz Quran. Kalau hafaz, saya ada effort nak fahamkan makna. Kalau baca saja Quran, selalu tak faham sangat pun.. Maybe 50% saja yang faham. Lain la kalau kita orang Arab.. "

" Aah la. Masalah kita ni, dari kecil selalu ditanam didikan supaya menghafaz. Kalau dah hafaz, dah kira pandai. Tapi, kita tak ditanam supaya faham. Kesannya, kita hafaz tanpa kefahaman dan pembacaan cumalah rutin. Tiada penghayatan. "

" Betul. Dia jadi sub-conscious. Automatik bolh baca bila disuruh tapi tak faham pun apa yang dia baca. Hatta doa makan sekalipun, tak semua orang ingat maknanya.. "

" Eh. Doa makan bukan sunnah. Tak ada masalah. Baca BismiLlah sebelum makan tu sunnah. " Aku mencelah. Mengingatkan pengajaran yang aku dah dapat tempoh hari.

" Oh ya?? "

" Yup. "

" Lagi satu.. Saya suka sangat bila faham Quran, banyak cerita best yang kita boleh tahu. Awak ingat kisah Nabi dan Abu Bakar di gua Tsur? "

" Aah. Kenapa? "

" Saya ingat gua Tsur tu macam gua yang kita selalu tengok tu.. "

" Eh tak. Dia lubang kecil saja. Tak macam gua sebenar. "

" Ingat tak kisah Abu Bakar yang berdua dengan nabi dalam gua tu? Bila Abu Bakar lihat musuh dah berdiri kat atas pintu gua tu ( yang kalau dia tunduk bawah je mesti akan terus nampak sosok Nabi dan Abu Bakar ) , terus beliau menangis.

Nabi tanya kenapa Abu Bakar Menangis. Lepas tu, Abu Bakar jawab, kalau aku dibunuh, tak bagi kesan yang besar tapi kalau Engkau yang mereka bunuh, seolah-olah seluruh umat bakal terbunuh.

Bila nabi dengar kata² Abu Bakar, nabi bacakan ayat dari surah Al-Baqarah yang maksudnya, jangan bersedih Allah bersama kita..

So sweet.. "

Aku tersenyum.
Indeed, Al-Quran membentang mutiara berharga yang padat dan kemas dengan kisah yang indah. Beruntung bagi orang yang cuba memahaminya kerana tiada apa yang diperoleh melainkan kebahagiaan jiwa raga .

Aku mengusik ingatan dia dengan kisah Nabi Ayub yang jarang² kita dengar. Sungguh dia juga takjub mendengarnya. Peristiwa hidup Nabi Ayub itu ada dirakam elok dalam Quran.

Perjalanan bas kian tiba ke destinasi.
Sedang jiwa kami masih belum puas membelah dan meng'operate' pengalaman bercinta kami dengan Al-Quran.

Ahli Al-Quran, Ahli Allah.
Jaga Al-Quran, Allah jaga kita.
Sayang Al-Quran, dia teman kita tika dihambat gelapnya kuburan.

Semoga terus istiqomah memeliharanya !

Erk.
Kawan, saya dah habiskan cerita.

Mana aiskrim ice berg saya ?

27032017 | Irbid, Jordan

Image result for beautiful photography

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da