Skip to main content

Nak Jadi Telur Atau Bola Ping Pong??

Bagaimana kita tatkala dihentam ujian?

Seperti telur atau seperti bola ping pong??

Kita ibaratkan dinding rumah nenek kita sebagai ujian.

Jika kita baling telur ayam yang semakin mahal harganya itu ke dinding rumah, ia akan pecah. Cecair melekit akan melekat pada dinding. Hanyir.

Orang yang seperti telur, apabila dikasi ujian, dia mudah jatuh, tak stabil, gelong, perasaan bagai orang frust direject mak mertua. Serba tak kena dan begitu lemah. Ujian itu diterima sebagai sesuatu yang memberatkan hingga dia terasa kalah. Orang ini akan hilang sabar dan merungut maka Allah memandang hina pada golongan ini.

Jika dibaling pula bola ping pong yang ringan itu ke dinding rumah, ia akan melantun tinggi. Lagi kita baling kuat, lagi tinggi lantunannya. Bergaya!

Orang yang seperti bola ping pong, apabila dikasi ujian, dia tidak kalah. Ujian itu menjadikan dia lagi hebat dan kebal. Lagi kuat dia dihempap ujian, lagi hebat jiwanya. Tatkala dia bersabar dan tidak merungut, Allah naikkan darjatnya. Tatkala dia tidak bersabar tetapi tidak merungut, Allah ampun dan padamkan kesalahannya.

So, nak jadi telur atau bola ping pong??

Ye, saya faham. Telur itu kalau digoreng dan dibuat telur dadar yang dicampur mayonis Lady's Choice memang sedap hingga menjilat pergelangan tangan pon.

Tapi, hakikatnya, jiwa kita perlu menjadi pejal seperti bola ping pong. Yang kemik sebentar bila direndam dalam panasnya ujian tetapi akan kembali segera ke bentuk asalnya apabila ujian sudah sejuk.

6 Feb 2017


Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...

Hafaz Al-Quran. Susah Ya?

Susah ya hafaz Al-Quran?  Dahulu, ibu bagi tahu saya, orang yang hafaz keseluruhan Al-Quran digelar "hafizah" .  Seorang "hafizah" sangat la hebat. Ibu suruh saya jadi "hafizah". Dalam masa yang sama, ibu jugak doktrin saya suruh jadi doktor bila besaq nanti. Akhirnya, bila kawan-kawan bagi buku biodata, kat bahagian cita-cita tu, mesti saya akan tulis " Doktor yang hafizah " . Bila cikgu tanya dalam kelas, " apa cita-cita kamu? " . Saya dengan mata penuh bersinar-sinar macam cahaya lampu di reban ayam nenek mesti akan jawab, " doktor yang hafizah! "  Fuh. Yakin betul! Takde ragu walau sebesaq bakteria pun. Padahal, umur ketika itu baru 7 tahun. Masa ini, saya pun tak tahu yang "hafizah" tu adalah gelaran untuk orang yang dah hafal 30 juzu' Al-Quran. Saya ingat, kalau dah hafaz dari surah An-Nas sampai surah Ad-Dhuha dah kira "hafizah" lah. Ternyata saya salah.  Naik ke ting...