Skip to main content

D.O.C.T.O.R - Hemorrhoid Tu Buasir

" Patient saya ada inguinal hernia.

Lelaki, umur 15 tahun. "

" 15 tahun?? "

" Aah. "

Doktor seperti berfikir lama. Nampak macam beliau agak tertarik dengan kes yang saya ambil pagi ni.

" Dia benarkan awak untuk periksa dia tak? "

" Tak doktor. Dia malu. "
Dia agak susah nak angguk kepala bila saya tanya " mumkin ana biddi asyuf hada intifagh? " . Bila tengok reaksi dia macam tu, faham sajalah yang beliau agak malu. Maybe sebab saya perempuan. Saya pun tade la nak paksa jugak tambah saya sendiri tak bawak chaperone.

Dahi doktor pun agak berkerut waktu tu.
" Hm. Mungkin sebab dia budak lagi. "

Si Faisal dengan begitu cergas bangun berdiri lalu dia menuju ke pintu. Bersedia nak bukak pintu,

" Doktor! Kes dia menarik la ; Hernia untuk budak 15 tahun. Biar saya yang pegi tanya patient tu dulu boleh ke tak untuk kita examine dia. "

Doktor angguk. Membenarkan.

" Bilik mana ye patient tu? " — Faisal pandang aku. Dia dah tercegat di muka pintu.

Ternganga lah saya.
Awat semangat sangat dia nih ?
Otak saya ligat berputar, bilik apa, bilik mana.

Lupa.

" Takpe. Jom awaklah ikut saya cari bilik patient tu. "

Ek..
Tapi..

Saya pandang doktor.

" Doktor, tapi patient saya ni dah masuk bilik OT pagi ni "

Satu kelas gelak. Faisal pulak ternganga.
Doktor pejam mata dan jugak ketawa tanpa suara.

Saya tersengih saja melihat si Faisal.

Tu la.. Tak sempat aku nak explain lanjut, kau dah bangun. Confidence sunggoh!

Image result for beautiful photography medicine boy

Seorang groupmate saya yang lain pulak angkat tangan. " Doktor, kes saya hemorrhoid. Boleh ke kita try tengok patient ni? "

Hemorrhoid = Macam buasir.

Doktor bersetuju. Beliau keluar cari patient itu. Kami cuma tunggu di bilik kecil yang terletak di hujung wad hospital itu.

Andai kata dapat kebenaran patient, kumpulan kami akan berpeluang melihat hemorrhoid pada patient yang sebenar buat pertama kali. Ini bakal jadi hari yang bersejarah!

" Have you ever seen hemorrhoid? " — Rauhi , CR group saya bertanya.

Saya menggeleng. " Never. "

Doktor kembali.
Consent dari patient dah dapat.

Fuh..!
Berdebarnya.

Hari ni memang bakal jadi satu hari yang awesome. Kami bakal gain new experience bersama doktor Haitham, gland surgeon yang begitu humble dan ada teaching skill yang mesra pelajar.

Kami masuk ke wad paling hujung di mana letaknya pesakit hemorrhoid itu.
Doktor tutup tirai untuk pastikan privasi patient terjaga elok.
Patient lelaki berumur 40 tahun itu sudah baring mengiring ke kiri.

Doktor pakai dua gloove getah berwarna putih.
Bila semua dah bersedia, doktor selak selimut patient di bahagian punggung. Bahagian lain ditutup elok.

Tak dinafikanlah, memang seriyes saya la yang lagi berdebar-debar.
Seram lah. Ini kan lelaki dewasa sedang saya perempuan. Malu lah.

Pelajar perempuan yang lain semua berada di belakang. Segan mungkin.

Berlainan dengan saya, saya pilih posisi betul-betul di sebelah kanan doktor, saf paling depan. Doktor waktu itu sudah duduk melutut separas dengan katil patient.

Tanpa mempedulikan orang lain, saya pun ikut duduk melutut separas katil , macan doktor. Biarlah, asal view jelas. Peluang untuk belajar macam ni datang cuma sekali. Saya takkan sesekali lepaskan ia pergi.

Doktor membuka sedikit punggung pesakit itu lalu menampakkan bahagian dubur ( anus ) pesakit.

" This is 3rd degree hemorrhoid " — komen doktor sambil menunjukkan beberapa lesion di sekitar kawasan luar saluran najis itu. Torchlight pen yang dipegang oleh Mahmud menyuluh terang namun saya masih ragu² tentang gambaran lesion yang doktor tunjukkan. Mungkin sebab baru pertama kali tengok, jadi belum mahir untuk mengenal pasti abnormal finding yang doktor tunjukkan.

Tapi, sungguhlah saya kagum terok dengan Doktor Haitham ni sebab dengan sekali tengok saja , beliau dah boleh bagi tahu tahap kecederaan yang patient alami.

Hebat! Saya bertekad mahu tanya lanjut tentang hal itu pada beliau nanti.

Rupanya patient ni baru admit semalam. Belum ada doktor yang diagnose beliau secara detail lagi.

Doktor mengambil cream jernih dari ubat sapu yang dibawanya. Faisal membantu untuk melumurkan cream itu ke jari telunjuk doktor.

Oh serius?
Doktor nak buat rectal examination ke?!
Saya ingat doktor cuma nak tunjukkan buasir yang dialami pesakit.

Maka sayalah individu yang paling teruja bila doktor nak buat rectal examination depan kami. Real patient kut! Bukan senang nak tengok prosedur ini depan mata.

Last 6 months masa introductory course, saya dah belajar macamana nak buat rectal exam ni malah dah try sendiri melakukannya — tapi bukan pada patient sebenar. Waktu tu, kami guna patung.

Doktor minta pesakit tarik nafas dalam² dan terus dia masukkan jarinya ke anus pesakit. Seperti step yang sudah saya belajar, doktor menghalakan jari ke belakang badan patient, kemudian pusing 180° ke hadapan.

Doktor kemudian memberi komen permukaan dalam saluran itu dan memaklumkan bahawa tak ada apa² mass yang dirasakan.

Doktor kemudian pusing jari ke bawah, kiri, atas dan kanan ( macam pusingan jam ) dan setiap kali menukar posisi jari, beliau akan bertanya pesakit bahagian mana yang paling sakit. Kalau pesakit ini, dia sakit sangat pada kawasan jam 12 ( atas )

Saya mengangguk kepala faham.
Jelas.
Puas hati.

Tujuan rectal examination ini dilakukan adalah untuk melihat baki darah dari anus pesakit atau apa² finding lain dari kawasan itu dan juga untuk memeriksa apa² ketumbuhan abnormal dalam badan pesakit.

Masuk semula ke bilik belajar, saya mengambil kesempatan nak bertanya doktor beberapa soalan bagi merungkai pelbagai rantai pertanyaan yang melilit otak.

" Doc, how did you know the patient's hemorrhoid is 3rd degree ? "

" To make everything clear, we have 4 stages for hemorrhoid. But you should keep in your mind that bleeding with pain is fistula and bleeding without pain is hemorrhoid. " Saya mengangguk faham. Doktor pakar bedah ini memang directly pandang saya ketika menerangkan persoalan ini.

Beliau menlanjutkan penerangan, patient ini berada di 3rd degree sebab bila ususnya keluar, dia sendiri menekan masuk kembali usus itu ke dalam semula.

Kata doktor, kalau 1st degree, hanya ada pendarahan yang berlaku ketika pesakit buang air besar. Kalau 2nd degree, ada pendarahan dan usus keluar tapi masuk balik dengan sendirinya. 3rd degree, ada pendarahan dan usus keluar tapi akan masuk bila ditolak masuk. 4th degree, ada pendarahan dan usus prolapse ; keluar dan tak boleh dah dimasukkan.

Rawatan untuk 3rd dan 4th degree hanyalah melalui pembedahan. Kalau 1st dan 2nd degree, pesakit akan diminta untuk memperbanyak makan buah dan sayur-sayuran, ambil ubat elak sembelit, minum air secukupnya, sapu cream jernih yang doktor gunakan tu dan ambil ubat tahan sakit.

" Doc, is the spicy food cause the problem? " - saya. Saya pernah dengar makanan pedas boleh menyebabkan buasir.

" Not really. It can exaggerate the hemorrhoid but to initiate it, i dont think so.. "

Saya mengangguk.
Lega.
Segala persoalan dah terjawab.
Ini jugak kali pertama saya take part tanya soalan pada doktor sejak mula rotation surgery bersama group yang baru ini . Keberanian untuk bertanya soalan pada hari ini adalah sebab doktor ini adalah doktor yang sangat baik dan bersedia mahu jawab semua soalan pelajarnya .

Tahu tak?

Tak ada apa yang boleh diulas lanjut sepanjang belajar dalam rotation surgery ini , melainkan kekaguman yang tak pernah haus bertamu di hati bila dapat jumpa face-to-face dengan ramai pakar bedah dalam pelbagai bidang di hospital ini .

Doctor Haitham — the most inspiring doctor that I ever seen. =')

Semoga ramai lagi doktor muslim seperti mereka.

20032017 | Irbid, Jordan

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p