Skip to main content

Profesional VS Sombong.

' Sis, salah ke kita sombong ? Terserempak classmate lelaki di luar, kita tak tegur. Bila diorang tegur, kita pandang tempat lain, kalau boleh tak nak bertembung langsung. Salah ke kurang bercakap dengan lelaki? Salah ke tak jadi macam diri sendiri ; gelak kuat-2, bergurau-senda dengan kawan-kawan bila ada lelaki dalam kelas?? Rasa hipokrit pun ada. . . '

Dik, Pegang satu konsep, orang lelaki tu bukanlah beruang berbulu lebat berkuku panjang 15 cm yang kelaparan 4 hari 3 malam 6 jam yang akan ngappp siapa sahaja makhluk di hadapannya.

:)

Profesional VS sombong.
Dua-2 kena guna.

Profesional.
Dunia sekarang memang mustahil kalau dalam urusan kehidupan kita tak melibatkan dua insan berlainan jantina ; lelaki dan perempuan.

Kita nak bas awam, konduktornya lelaki.
Kita pergi kedai makan, cashernya lelaki.
Kita nak bayar tol, pak cik tol tu lelaki.
Kita nampak lori balak, pemandunya lelaki.
Pernah ke nampak perempuan bertudung labuh, berjubah dan berhandsock pink sambil galas handbag dari zalora dot com tengah bawa lori balak tayar 8??

Er.

Kena terima hakikat, lelaki tetap perlu wujud di dunia ini. Itu sebab Allah cipta mereka.

Walaupun mereka tak sama macam kita ; kita ada rambut di kepala saja, mereka ada rambut kat atas bibir dan dagu juga, memiliki biji halqum yang menawan (haha) juga mempunyai tubuh badan yang sasa (dan 6 packs bagi yang pergi gym) , tetap kita kena layan mereka sebagai seorang 'manusia'.

:)

Pegang hablum mina Allah, hablum minan nas.
Boleh bergaul dengan lelaki.
Tiada larangan selagi batas-2 syara' terjaga.
Tiada masalah membalas sapaan baik dari ajnabi, espeseli orang yang kita kenal ( classmate, ketua persatuan, guru kelas, pak cik jual ABC yang pernah bagi ABC free pada kita masa kita tadika dulu dll ) asalkan jangan melampau-lampau balasan dari kita dan jangan over acting seperti senyum selebar 2 inci setengah dengan lentok badan menggoda juga bersuara manja macam kucing baru jumpa kekasih lama. Jaga.

Itu sekiranya, mereka menegur kita.
Jangan kita jadi batu dan kaku. Balaslah sapaan yang baik dengan respon yang baik juga.

Image result for amazing photography

Tapi, kalau dia tak menegur kita, it's okay.
Tidak perlu kita pula yang menyapa dia.
Tak ada keperluan, tak perlu mulakan bicara. Biarpun dia dan kamu dulunya rakan akrab yang pernah main tom tom bak dan police and thives bersama-sama ketika zaman kanak-kanak riang gumbira.

Sekali lagi, bila dah sama-2 baligh dan mumaiyyiz, maka hubungan kita dengan ajnabi perlulah dihadkan. Cukuplah berhubung / bercakap hanya apabila ada urusan.

Urusan itu adalah apabila ia dibentang di hadapan Allah kelak, kamu mampu berhujah tentangnya.

Jadi, saya rasa tak salahlah kurang bercakap dengan lelaki. Itulah yang sebaiknya. Kawan perempuan pun kita tak sempat nak tegur semua. Maka, kenapa nak sibuk cari kawan lelaki untuk berbual pula?

Tak nak bertembung langsung dengan lelaki?
Jom Hi 5. Kita samalah ; Segan bila bertembung dengan orang lelaki (yang kita kenal) di luar ; luar rumah, luar urusan .

Kadang terasa kalau ada pintu suka hati, nak je lari cepat-2.
Kalau ada terowong ajaib, nak je masuk supaya dapat jadi kerdil sebentar agar jasad tak kelihatan.
Kalau ada mesin masa, nak je terus ke masa lepas supaya dapat pilih jalan lain awal-2. Haha.

Tapi Mustahil lah nak terus lari mengelak. Kan?
Kalau kita tak boleh ubah suasana, kitalah yang kena ubah diri kita untuk adapt dengannya.

Apa yang kita boleh buat bila bertembung?Bertindaklah profesional.
Jalan macam biasa. Pandang jalan atau kalau rasa tak selesa juga, cuba pandang arah lain atau jika masih rasa janggal, cuba buat-2 ambil telefon dan berlakon bercakap dengan seseorang. Haaa. Kompem rasa relax.

Sekiranya ajnabi itu menyapa, sekali lagi, balaslah sapaan itu dengan baik dan seadanya. Ringkas, padat dan biasa.

Sombong pula?
Bila nak guna?

Kena juga guna. Guna bila ada lelaki yang melampaui batas dengan kita ; Cubaan mengusik dan yang seumpama dengannya. Dengan makhluk spesies ini, kita boleh sombong. Buat-2 tak dengar atau tak perlu cakap sepatah pun dan tak perlu layan langsung. :)

Tunjuk muka garang macam king kong nampak zombi Kampung Pisang pon okay je.

Lelaki yang nakal ni sebenarnya akan lagi suka kalau kita merespon usikan mereka. Jadi, langkah paling best dan akan buat mereka berhenti dari terus menganggu kita adalah dengan DIAM. Lama-2 futurlah dia.

Tentang hipokrit pula.
Kita perempuan, sememangnya kena menjaga serba-serbi.
Biarlah dalam rumah kita hingaq, tapi di luar rumah kita beradab.
Biarlah dengan kawan kita over sporting, happy go lucky tahap tak ingat bumi ada berapa lapisan, tapi dengan lelaki kita jaga adab budi akhlak dan tatabahasa. Eh.

Tak ada istilah hipokrit dalam buat baik.
Buatlah baik walaupun kebaikan itu belum lekat dalam diri kita.
Terus juga cuba buat baik kerana lama-2 kebaikan itu benar-2 jadi 'kawan baik' kita.

^-^

Yang dikatakan hipokrit dan munafiQ itu adalah apabila kamu buat baik, kamu nak imbalan. Dalam hati kamu ada udang di sebalik maggie tomyam telur 3 biji! Dan kamu sebenarnya tak hingin langsung nak jadi baik seperti action baik yang kamu sedang buat.

Aku pakai tudung ni supaya jiran sebelah rumah aku tu, Tan Sri Dato Duktur Engineer Panglima Bukit Gantang yang ada banyak gile harta dunia tu boleh letak nama aku dalam wasiatnya nanti.

Pengsan.

Dik, kamu tak macam tu kan? Hati kamu baik dan Kamu ada niat nak berubah jadi baik kan? Kamu suka kebaikan yang kamu buat tu walaupun kamu belum biasa kan?

Jangan ragu untuk mendekat dengan perkara yang betul. Biasakan diri dengan yang betul, maka lama-2 yang salah akan tinggalkan kamu.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p