Skip to main content

Pilih Lelaki Lebih Berusia. Salahkah ?


SALAH KE PILIH LELAKI YANG ADA JARAK UMUR YANG JAUH DENGAN KITA?

Wah! Soalan menarik ni! 

You know what?

Islam tak letakkan umur sebagai barrier untuk kita berkahwin. Bahkan , umur bukan sebahagian dari garis panduan yang Nabi nyatakan dalam hadis baginda bilamana kita nak pilih calon pasangan hidup. 🙂 

Jadi, mohon gumbira! ^-^

Rasulullah SAW sendiri berkahwin dengan Khadijah dengan perbedaan umur yang sangat jauh. Malah, Nabi sendiri lagi muda dari isterinya. Sahabat-sahabat Nabi jugak kalau kita lihat para isteri mereka pun umurnya jauh lebih muda dari mereka.

Kat sini kita nampak jelas, kan? Umur bukan krateria utama untuk berkahwin. Perkara yang penting adalah lelaki itu ada kemampuan dan bertanggungjawab. Paaaaaling penting, agamanya harus tip top. Sebab apa?

Sebab Islam meletakkan darjat kemuliaan seseorang bukan pada harta, kuasa, keturunan, berat badan, kehenseman atau dia ada six-packed ke tidak. Islam letakkan 'taqwa' sebagai penyebab Allah jatuh cinta dan naikkan darjat seseorang.

" Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang-orang yang bertaqwa. " [ Al-Hujurat : 13 ]

Harus diingat, perkahwinan ini adalah alat. Bukan alat nak main masak-masak.. Tapi perkahwinan adalah alat untuk kita gapai redha Allah SWT. Jadi, tak boleh main-main dalam bab pilih pasangan ni. Kena cari yang betul-betul ada hati yang sensetif pada agama, yang kita boleh bergantung harap dengan bimbingannya nanti agar kita jadi lebih baik, lebih dekat dengan Allah.

Sebenarnya ramai saja pasangan di luar sana yang pasangannya ada jarak umur yang jauh. Samada isteri jauh lebih tua atau suami yang jauh lebih tua. Kita saja yang tak tahu sebab mungkin dalam circle kita tak ada golongan ini.

Personally, kalau saya sendiri lebih prefer orang yang lebih tua dari usia sendiri sebabnya ia melibatkan kematangan usia, hidupnya dan pengalaman serta ilmu. Tapi! Tapi! If you meet someone that younger than you but he has good maturity, knowledge, responsibility and etc, just go on~ Takdak masalah puan-puan. Eh, cik cik.

So...
Sekali lagi, umur bukan halangan. Tak salah berkahwin dengan orang yang berlainan umur ; jauh atau dekat. Jadikan krateria yang Nabi dah bagi sebagai panduan utama. Dah yakin, dah nekad, dah sedia.. Maka lakukan istikharah dan istisyarah.

Okay. Sekiyan, semoga maklong dengan kefahaman ini. Tikiyu membaca!

24082017 | Kedah, Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...

Hafaz Al-Quran. Susah Ya?

Susah ya hafaz Al-Quran?  Dahulu, ibu bagi tahu saya, orang yang hafaz keseluruhan Al-Quran digelar "hafizah" .  Seorang "hafizah" sangat la hebat. Ibu suruh saya jadi "hafizah". Dalam masa yang sama, ibu jugak doktrin saya suruh jadi doktor bila besaq nanti. Akhirnya, bila kawan-kawan bagi buku biodata, kat bahagian cita-cita tu, mesti saya akan tulis " Doktor yang hafizah " . Bila cikgu tanya dalam kelas, " apa cita-cita kamu? " . Saya dengan mata penuh bersinar-sinar macam cahaya lampu di reban ayam nenek mesti akan jawab, " doktor yang hafizah! "  Fuh. Yakin betul! Takde ragu walau sebesaq bakteria pun. Padahal, umur ketika itu baru 7 tahun. Masa ini, saya pun tak tahu yang "hafizah" tu adalah gelaran untuk orang yang dah hafal 30 juzu' Al-Quran. Saya ingat, kalau dah hafaz dari surah An-Nas sampai surah Ad-Dhuha dah kira "hafizah" lah. Ternyata saya salah.  Naik ke ting...