Skip to main content

D.O.C.T.O.R : Bila Doktor Tanya , Tembak !

Semalam , tika menanti lif untuk ke tingkat 2 bahagian ICU di Hospital Malik Talal Askari ini , aku berdiri betul² sebelah doktor askar yang berbaju seragam hijau itu. 

Jengket . ( Aku kan tinggi )

Nak curi-curi tengok markah evaluation yang doktor dah bagi pada group kami . Kertas tu ada kat tangan doktor berkaca mata ini.

Nama aku paling bawah . 
Pada mulanya ditulis 8/10.
Kemudian dipadam.
Lalu ditulis...

7 / 10

Menyorot pandangan pada nama² yang lain, semua budak Melayu dapat 7 . Markah paling rendah pada hari itu adalah 7. Paling tinggi 9 / 10.

Kechewa .

Sumpah tak terfaham diri ini apa yang doktor syarah tentang Diabetic Ketoacidosis hari itu . Fully Arabic ! Ajar calculation untuk fluid maintenance pun dalam Arab . Allahu... Masa sekolah dulu, cikgu ajar matematik dalam bahasa melayu pun aku berkali-kali gosok kepala nak faham . Kalau belajar dalam bahasa Arab, lagi porak-peranda la kefahaman yang mahu dipaku ke otak. Aku dah dengar dengan teliti ayat yang disebutkan doktor , cuba faham berkali-kali. Gagal juga.

Aku tak kisah pun dapat markah rendah .
Tapi, aku kisah bila gagal nak faham apa yang doktor ajar. So sad !

Aku tak kisah pun tak dapat markah tinggi sebab aku memang tak musyarakah bertanya dan menjawab soalan doktor ( nak tanya apa kalau memang aku pun tak tahu apa yang aku tak tahu ? )
Tapi, aku kisah bila doktor tetap bagi markah 8 pada budak Arab yang juga tak musyarakah tapi siap scrolling facebook dengan riang gumbiranya. Mana adil !

Aku tahu kenapa hal ini terjadi.
Kerana mereka Arab.
Dan kami Malizi.

On the way nak turun ke basement selepas habis round, terserempak lagi dengan doktor tersebut .

Dia tersenyum.
" Entu min wen ? Indonisi wala malizi ? "

" Malizi "

" Kamu faham tak apa yang saya ajar tadi ? "

Kawan² ada yang tersengih dan angguk. Aku tahu, itu respon mereka yang tidak jujur. Sesungguhnya, kami tidak terfaham kaitan point² yang doktor telah ceritakan.

" Kamu boleh cakap Arab tak ? "

Jawapan biasa diberi.
" Syuwai syuwai " - kawan menjawab.

Aku laju menggeleng.
" Bahki lughah 'arabi bass mush fahem kullu ishi syu tehki. " - Terus terang lagi bagus.

" Entu ayyu sanah ? "

" Sanah robi'ah " - pantas aku membalas soalannya.

Dia ketawa kuat. Perangkapnya mengena.
" Dah tahun 4 , kan ? Sepatutnya ini bukan masalah lagi. "

Sentap 2 minit.

Betul la tu doktor. Tapi, keseriusan kami nak bertutur Arab Ammiy baru mula bila naik tahun 4.

Ya la. My bad. Salah sendiri sebab tak serius belajar bertutur macam mula² baru sampai bumi Syam ini.

Tekad.
When others can do nothing, I will do something.

Esok, aku akan buktikan !

Semangat Senior Sirine Belaid aku ikat kemas dalam diri . Senior Sirine yang dari Tunisia itupun dulu mengaku bahawa dia merangkak belajar bahasa Arab dan hanya mula serius menggunakan bahasa ini ketika mula naik klinikal. Dan sekarang di tahun 6, bahasa Arab bukan masalahnya lagi. Beliau dah buktikan, lambat mula tak bererti mustahil untuk berjaya. InsyaAllah kheir!

Hari ni, dari awal pagi, aku usaha perform sehabis baik. Usaha pancing kewujudan aku depan doktor. Bila doktor syarah, aku angguk faham walaupun tak faham semua.

Kami masuk ke conference room macam semalam. Hari ini masih ada evaluation. Kalau semalam aku terkejut king kong bila doktor tiba² buat evaluasi, hari ini aku sudah bersedia mahu beraksi. Tajuk hari ni Afebrile Seizure dan Meningitis. Semalam study sampai tak angkat kepala. Kalau housemate terseliuh kaki sebab main bola sepak, aku terseliuh kaki ketika study dalam bilik sendiri.. Struggle.

Di meja mesyuarat dalam bilik conference, aku pilih seat betul² berhadapan dengan doktor. Senang nak berlumba dengan arab untuk jawab soalan. Sebelah aku Rawan, budak yang semalam bentang case DKA. Dia dapat 9 / 10

Macam semalam, Rawan tak berhenti angkat tangan dan jawab segala soalan doktor.

Hish. Tenggelam aku macam ni. Tak boleh jadi!

Sejam perbincangan, aku cuba faham betul² setiap yang disebutkan doktor. Konsep dah ada dalam kepala , jadi bila doktor bertanya , terus aku jerit jawapan walaupun tak tahu la betul atau tak .

Hmdulillah, mujur banyak kali jawapan yang aku berikan betul.

Di akhir discussion , doktor siap sedia nak tulis evaluation marks. Budak arab berlumba-lumba sebut nama dan mengaku dah jawab soalan doktor. Tiba-tiba...

Dia angkat kepala pandang tepat ke hadapan.
" Enti syu ismik ? "

Aku terpinga-pinga. Aku kah ?
Ibu jari tunjuk diri sendiri.
" Ana ? "

Doktor angguk. Budak arab yang lain terus diam seribu bahasa.

" Sukeinah "

Doktor angguk lagi sekali.
Aku masih tak jelas kenapa doktor tanya nama aku dahulu. Yer la. CR tulis nama aku bawah sekali kut dalam senarai nama tu .

Kawan Melayu di sebelah menyiku lengan.
" Tahniah. Hari ni dapat jawab soalan doktor "

Hmdulillah! Takbir !!

Kawan sorang lagi menyapa.
" Hari ni awak dapat 9 / 10. "

Huh? Macamana diorang tahu?

Hari ni aku sendiri tak ada kesempatan nak usha kertas markah di tangan doktor.

" Macamana korang tahu? "

" Boleh nampaklah tangan doktor tulis markah. "

" Daebak korang ni! Tajam betul mata. "

Kawan bertanya lagi.
" Sakinah, macamana nak jadi confidence ? "

Aku tercengang mendengar. Soalan yang nampak mudah, tapi susah nak menjawab. .

Bagi aku, confidence bukan keutamaan .
Yang penting kena semangat.

Kakak naqibah aku - Kak Fasyi , bercerita.
Semangat beliau mahu beat budak arab paling pandai dalam group dia menyebabkan dia berlumba nak bersoal-jawab dengan doktor. Lagi banyak soalan yang budak arab tu jawab, banyak jugak yang Kak Fasyi akan jawab.

Aku ikut resmi itu.

Dengan kepulan semangat, datanglah ombak sebesar tsunami pun, kau mampu rentas tempuhnya dengan baik.

Dari semangat datangnya confidence.
Betul-salah pada jawapan bukan soal utama kerna namanya pun penuntut ilmu — baru nak menuntut, baru nak belajar untuk tahu .

Yang penting, bila doktor tanya , tembak !
Kalau betul, kita ingat.
Kalau salah, kita belajar.

Tapi, tembaklah dengan bijak. Jangan goreng sampai hangus hangit rentung.

Kalau tak tahu jawab, kena bijak twist soalan.

Aku lihat si Ahmad yang terkial-kial bila doktor tanya soalan pertama kepada dia pagi tadi , " What is the meaning of convulsion "

Aku tahu, dia tak tahu pun jawapan yang tepat apatah lagi nak sebut definisi untuk convulsion sebijik sebotol macam dalam buku. Tapi dia tak diamkan diri sahaja. Dia hurai apa yang dia faham tentang convulsion dan kemudian tarik huraian jawapan dia pada penerangan tentang complex dan simple seizure yang dia sudah kuasai.

Ahmad bijak. Jadilah seperti Ahmad. :)
Yang penting ,
Semangat .

Kemudian,
Bertindak dengan bijak .

Jangan tunggu peluang datang,
tapi rebutlah peluang yang terbentang.

Anda mampu mengubahnya. šŸ’Ŗ

14022017 | Mafraq, Jordan

Hospital padang pasir Mafraq adalah yang paling menambat hati , tidak sesak, cantik lagi bersih, lif lawa, doktor yang baik dan ada sut hijau kesukaan aku yang cukup bergaya, juga nurse yang ramah benarkan kami guna toilet staff yang berlampu pink itu.

Harap esok boleh tengok csec seperti janji doktor kepada kami. Moga.

Related image

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p